Monday, September 15, 2008

hari ke-6 praktikum

Selamat sejahtera kepada semua. Apa khabar semua?? harap sihat- sihat belaka. Hari merupakan hari ke-6 ( minggu kedua) kami berpraktikum. Seperti biasa kami mendaftar diri di pejabat dan menghadiri perhimpunan pagi. Perhimpunan pagi hari ini berjalan dengan lancar. Puan Guru Besar memberi hadiah kepada para murid yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. Hadiah ini diberikan kepada murid tahun 1 hingga tahun 6.
Selepas perhimpunan kami pun bersedia untuk memasuki ke kelas pemulihan untuk memulakan tugasan kami. Dalam perjalanan ke bilik , jumpalah dengan pensyarah pembimbing kami bersama guru besar sekolah. Terkejut kami dengan kedatangan pensyarah. Tak sangka bahawa kami akan berjumpa dengan En.Hamzah. Tak apa...... tiada apa yang menakutkan kami.
kami bersama dengan En.Hamzah ke perpustakaan. En.Hamzah memberi penerangan serba sedikit tentang portfolio dan apa yang sepatutnya ada. Selepas itu beliau memberi penerangan dan idea bagaimana mengendalikan bengkel pembinaan blogspot yang kami cadangkan. Beliau juga memberitahu supaya mencadangkan pilihan aplikasi yang lain sekiranya menghadapi kemusykilan dalam pembinaan blog ini. bagus juga dengan idea beliau. Saya rasa segan kerana tak bawa pula portfolio saya ke sekolah. Nasib En.Hamzah tak marah. Esok kena hantar padanya. En.Hamzah membincangkan beberapa perkara dengan kami bertiga tentang praktikum dan beredar untuk berjumpa dengan puan guru besar. lebih-lebih lagi beliau sempat mengajar dreamweaver (membuat button) dalam masa yang singkat begitu.
Setelah beliau beredar kami mula membuat tugasan kami. Saya dan Muhaimin mula melakar rancangan mengajar Sains untuk esok pagi. Kami juga cuba dapatkan nota dari Cd Sains courseware. Pagi esok pensyarah kami akan ke sekolah untuk penyeliaan. Harap esok pagi kami berdua menjalankan P&P kami dengan baik. Selamat berjumpa.

1 Comment:

sahabat said...

Semoga dpt melaksanakan kursus yang dirancang dgn jayanya.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online