Pada pagi ini, kami bertiga bersiap sedia untuk menjalankan perkembangan staf dan kelas komputer iaitu mengajar komponen-komponen komputer bagi murid-murid pra sekolah. Maka, kami membahagikan tugas kami antara satu sama lain. Pada pukul 10.00 hingga 11.00 rakan saya Puvanna mengendalikan kelas bagi murid-murid pra sekolah. Saya dan Muhaimin membantu rakan kami. Murid-murid sungguh seronok setelah memasuki makmal komputer. Ada segelintir daripadanya mempunyai pengetahuan tentang komputer. Seronok juga mengajar murid-murid pra sekolah. Murid-murid tersebut diberi peluang untuk menggunakan komputer untuk menaip nama mereka dan huruf abjad a-z. Mereka mampu menaip dengan betul. Kelas tersebut tamat pada pukul 11.00 pagi.
Selepas itu giliran saya pula untuk mengendalikan bengkel aplikasi exeLearning kepada guru-guru sekolah Alai. Rakan saya membantu saya mengendalikan bengkel tersebut. Semua guru menghadiri ke bengkel exeLearning. Kami berpuas hati dengan kehadiran semua guru. Sebahagian daripada gurunya ingin tahu tentang aplikasi exelearning ini dengan lebih dalam lagi. Bengkel pada hari berjalan dengan lancar. Cuma kami tidak cukup masa untuk mengajar kesemua caranya. Tetapi kami mampu memberikan setakat yang kami boleh dan dapat peluang untuk berkongsi ilmu yang ada pada kami itu bersama guru-guru sekolah ini.. Sokongan daripada guru-guru amat baik Beginilah hari ini berlalu. Kami berterima kasih kepada pihak sekolah yang memberi peluang kepada kami untuk menjalankan aktiviti seperti ini.
0 Comments:
Post a Comment