Monday, September 22, 2008

HARI KE-10

Hari ini merupakan hari terakhir kami berpraktikum di SK Alai ini. Hari ini kami menyerahkan kesemua bahan sekolah kepada guru-guru. Pada hari ini kami mengumpul bahan-bahan bengkel exeLearning guru-guru SK Alai.

Guru Besar sekolah begitu minat hendak menghasilkan blog sendiri. Maka, kami pun mengajar Pn.Guru Besar. Kami tidak daat mengajar dengan sepenuhnya kerana menghadapi masalah penyambungan internet. Maka, kami memberi serba sedikit nota bagaimana menghasilkannya. Jam pun berlalu begitu cepat.Kami pun bersalam kepada semua guru sekolah dan kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah ysng sudi memberi kerjasama.

Beginilah hari terakhir kami di Sekolah Kebangsaan Alai.

Hari ke-9

Pada pagi ini, kami bertiga bersiap sedia untuk menjalankan perkembangan staf dan kelas komputer iaitu mengajar komponen-komponen komputer bagi murid-murid pra sekolah. Maka, kami membahagikan tugas kami antara satu sama lain. Pada pukul 10.00 hingga 11.00 rakan saya Puvanna mengendalikan kelas bagi murid-murid pra sekolah. Saya dan Muhaimin membantu rakan kami. Murid-murid sungguh seronok setelah memasuki makmal komputer. Ada segelintir daripadanya mempunyai pengetahuan tentang komputer. Seronok juga mengajar murid-murid pra sekolah. Murid-murid tersebut diberi peluang untuk menggunakan komputer untuk menaip nama mereka dan huruf abjad a-z. Mereka mampu menaip dengan betul. Kelas tersebut tamat pada pukul 11.00 pagi.

Selepas itu giliran saya pula untuk mengendalikan bengkel aplikasi exeLearning kepada guru-guru sekolah Alai. Rakan saya membantu saya mengendalikan bengkel tersebut. Semua guru menghadiri ke bengkel exeLearning. Kami berpuas hati dengan kehadiran semua guru. Sebahagian daripada gurunya ingin tahu tentang aplikasi exelearning ini dengan lebih dalam lagi. Bengkel pada hari berjalan dengan lancar. Cuma kami tidak cukup masa untuk mengajar kesemua caranya. Tetapi kami mampu memberikan setakat yang kami boleh dan dapat peluang untuk berkongsi ilmu yang ada pada kami itu bersama guru-guru sekolah ini.. Sokongan daripada guru-guru amat baik Beginilah hari ini berlalu. Kami berterima kasih kepada pihak sekolah yang memberi peluang kepada kami untuk menjalankan aktiviti seperti ini.

HARI KE-8

CUTI NUZUL QURAN.

HARI KE-7

Hari ini merupakan hari yang ke-7 kami di SK Alai. Seperti biasa kami mendaftar diri di pejabat dan bermula aktiviti kami pada pagi hari ini. Kami di makmal komputer.

Hari ini saya dan Muhaimin diberi kelas 3Gemilang untuk menjalankan P&P. Kami pun menyediakan bahan-bahan untuk menjalankan kelas kami itu. Tajuk kami pada hari ini ialah ‘ Substances’. Kami perlu ada bahan-bahannya tetapi Muhaimin lupa pula bawa kesemua bahan tersebut. Pensyarah akan datang untuk pencerapan pula. Tidak apa, saya ke kelas pendidikan khas untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. Bersyukurlah, bahan-bahan yang diperlukan ada di kelas pendidikan khas. Kami tunggu masa P&P kami. Tibalah waktunya. Maka, kami ke kelas 3G dan menyediakan kesemua bahan-bahan P&P. En.Hamzah pun tiba ke kelas Kami pun mula mengajar murid-murid. P&P berjalan dengan lancar. Murid-murid memberi sokongan yang baik. Nampaknya kelas itu cukup aktif dan ceria. Setelah kelas tamat kami dipanggil untuk membincang bersama pensyarah kami.

Kami bersama pensyarah berkumpul di kantin sekolah. Pensyarah berkongsi kelebihan dan kelemahan P&P kami pada hari ini. Disamping itu beliau juga memberi idea-idea yang baik untuk mempertingkatkan lagi aktiviti P&P kami itu. Hari ini berlalu dengan sempurna. Sampai sini saja refleksi pada hari ini. Esok adalah cuti peristiwa Nuzul Quran di sekolah kami.

Monday, September 15, 2008

hari ke-6 praktikum

Selamat sejahtera kepada semua. Apa khabar semua?? harap sihat- sihat belaka. Hari merupakan hari ke-6 ( minggu kedua) kami berpraktikum. Seperti biasa kami mendaftar diri di pejabat dan menghadiri perhimpunan pagi. Perhimpunan pagi hari ini berjalan dengan lancar. Puan Guru Besar memberi hadiah kepada para murid yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. Hadiah ini diberikan kepada murid tahun 1 hingga tahun 6.
Selepas perhimpunan kami pun bersedia untuk memasuki ke kelas pemulihan untuk memulakan tugasan kami. Dalam perjalanan ke bilik , jumpalah dengan pensyarah pembimbing kami bersama guru besar sekolah. Terkejut kami dengan kedatangan pensyarah. Tak sangka bahawa kami akan berjumpa dengan En.Hamzah. Tak apa...... tiada apa yang menakutkan kami.
kami bersama dengan En.Hamzah ke perpustakaan. En.Hamzah memberi penerangan serba sedikit tentang portfolio dan apa yang sepatutnya ada. Selepas itu beliau memberi penerangan dan idea bagaimana mengendalikan bengkel pembinaan blogspot yang kami cadangkan. Beliau juga memberitahu supaya mencadangkan pilihan aplikasi yang lain sekiranya menghadapi kemusykilan dalam pembinaan blog ini. bagus juga dengan idea beliau. Saya rasa segan kerana tak bawa pula portfolio saya ke sekolah. Nasib En.Hamzah tak marah. Esok kena hantar padanya. En.Hamzah membincangkan beberapa perkara dengan kami bertiga tentang praktikum dan beredar untuk berjumpa dengan puan guru besar. lebih-lebih lagi beliau sempat mengajar dreamweaver (membuat button) dalam masa yang singkat begitu.
Setelah beliau beredar kami mula membuat tugasan kami. Saya dan Muhaimin mula melakar rancangan mengajar Sains untuk esok pagi. Kami juga cuba dapatkan nota dari Cd Sains courseware. Pagi esok pensyarah kami akan ke sekolah untuk penyeliaan. Harap esok pagi kami berdua menjalankan P&P kami dengan baik. Selamat berjumpa.

Friday, September 12, 2008

hari ke-5 praktikum

Hari terakhir minggu pertama kami berpraktikum di SK Alai. Seperti biasa persediaan kami di sekolah. Kami berada di makmal komputer. Hari ini giliran kawan Puvanna mengajar matapelajaran matematik tahun 1 Bestari . Dia sungguh excited nak ajar budak-budak SK. Tiba waktu dia mengajar. Murid-murid masuk makmal. Mulanya pelajaran cikgu Puvanna. Murid-murid sungguh gembira dan excited pula mereka berdepan dengan komputer.

Saya bersama cikgu Muhaimimn duduk di belakang dan memerhati Cikgu Puvanna mengajar. Kasihan juga dengan cikgu asyik minta mereka memberi perhatian. Ada murid yang panggil cikgu..... cikgu….. cikgu……. Puvanna terpaksa pergi kat budak itu untuk memberi penerangan. Seronok juga melihat budak – budak SK belajar. Beginilah sesi pengajaran berjalan. Minggu depan masuklah giliran saya dan cikgu Muhaimin mengajar.

Sambil memerhatikan P&P, saya membuat video bersama cikgu Muhaimin. Masa pun berlalu dengan pantas tapi tak habis-habis juga menyiapkan video.

sampai sini saja refleksi pada hari ini. jumpa lagi.

Thursday, September 11, 2008

HARI KE-4 PRAKTIKUM

Beberapa tempat yang melawat di Melaka.


Laut Selat melaka





Kota A' fomosa
Masjid Selat Melaka


Hai, apa khabar semua. Hari ini merupakan hari ke-4 kami menjalani praktikum. Hari ini merupakan yang ceria kerana giliran saya pula untuk mengikuti rombongan ke bandar melaka. Pada pukul 8.00 pagi saya bersama murid dan 5 orang guru bertolak dari sekolah ke desinasi pertama iaitu Masjid Selat Melaka. Wah, indah betul pemandangan sekeliling masjid tu. Walaupun saya pernah pergi ke Masjid besar di Selangor namun inilah satu-satunya masjid yang pertama kali saya jejak kaki. Pembinaan masjid di laut amat mengkagumkan saya. Kalau, kawan -kawan ingin melawat Masjid Selat Melaka, pergi je....... mesti suka akan masjid tu. lebih-lebih lagi, rombongan ini merupakan satu kelebihan bagi kami bertiga.
Selepas itu, kami ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, muzium Samudera, Muzium TUDM, Menara Taming Sari. Saya sungguh beruntung kerana dapat peluang menaiki Menara tersebut. Ini merupakan satu pengalaman baru kerana saya ini orang Selangor tetapi tidak pernah menaiki Menara Berkembar ( Twin Towers) namun begitu dapat naik pula Menara Taming Sari di Melaka. Saya berterima kasih kepada pihak sekolah yang kami sedang mengikuti praktikum.
Apa yang menarik sewaktu rombongan itu ialah, saya pun turut berpuasa bersama guru-guru dan murid-murid beragama Islam pada hari ini. Rasa lega juga berpuasa.
Beginilah masa berlalu hari ini. Kami tiba di sekolah pada pukul 12.40 tgh. Selepas itu melihat gambar-gambar yang ambil sewaktu rombongan.
Walaupun Hari ke-4. saya amat gembira berpraktikum di SK Alai ini kerana keadaan sekolah dan kemesraan guru-guru sekolah itu tertarik saya. Termasuk guru besar sekolah tersebut.
Sekian saja pengalaman hari ini yang dapat berkongsi bersama rakan-rakan sekalian. Jumpa lagi. Have a nice day.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online