Hari ini merupakan hari kedua kami di SK Alai. Seperti biasa kami menandatangani kehadiran di pejabat sekolah. Pada hari ini saya bersama seorang kawan berada di sekolah. En. Muhaimin mengikuti lawatan bersama murid-murid sekolah tersebut.
Lebih-lebih lagi hari ini juga merupakan hari pertama peperiksaan UPSR. Kami mendapati semua calon UPSR bersiap sedia dan guru-guru sekolah memberikan alat tulis kepada semua calon. Semua calon dan guru-guru bersama guru besar sekolah membaca doa dan merestui mereka. Tiba masanya murid-murid memasuki dewan pepriksaan. Terdapat seorang murid duduk berasingan di dewan. Konon-kononya murid tersebut menjangkiti demam campak. Maka, murid tersebut diawasi oleh seorang pengawas peperiksaan.
Selepas itu, kami berdua memasuki makmal komputer untuk mendapatkan serba sedikit maklumat yang boleh membantu menyempurnakan tugasan kami. Selepas itu, kami menyediakan kertas kerja untuk mengadakan bengkel menghasilkan blog. Setelah selesai kami mula membuat tugasan yang diberikan pada kami oleh pensyarah.
Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. En.Muhaimin pun tiba ke sekolah. Beliau menceritakan pengalaman beliau mengikuti lawatan bersama murid. Sungguh seronok mendengar pengalamannya. Beliau juga turut menunjukkan gambar dan video yang telah diambil olehnya. Setelah itu, kami bertiga bersedia untuk pulang.
Tuesday, September 9, 2008
HARI KEDUA PRAKTIKUM
Posted by Harini at 9:16 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Comments:
Harap kamu enjoy praktikum di SK Alai, kalau boleh upload gambar-gambar yang diambil semasa lawatan di sana
En. Hamzah
Selamat Menjalani Latihan Praktikum. Selamat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di IPPM.
Jgn lupa post refleksi harian kdan lain2 bahan/artikel kat blog anda...
Kepada yg belum dapat jadual tu, kena dptkan segera. Dah nak tamat seminggu dah ni..
Folio / jurnal jgn lupa...
Ok, semoga gembira kembali ke sekolah bertemu anak2 didik yang dikasihi.
Post a Comment