Hari : Isnin Tarikh : 08.09.2008
Hari pertama praktikum di SK Alai
Hari ini merupakan hari pertama saya dan dua orang rakan praktikum melangkah Ke Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka. Kami sampai di sekolah pada pukul 7.05 pagi. Selepas itu kami ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan guru besar sekolah. Tetapi guru besar sekolah masih tak muncul di pejabat. kami di minta turun ke tapak perhimpunan. Perhimpunan pada pagi ini berjalan selama 35 minit. Selepas perhimpunan, guru-guru serta kami bertiga diminta untuk merestui murid-murid tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR pada hari esok. Situasi ini membuat saya rindu pada murid-murid di sekolah saya di Selangor.
Setelah perhimpunan tamat, GPK Kurikulum En.Abbas meminta kami memperkenalkan diri kami kepada warga sekolah tersebut. Selepas itu kami bertiga berjumpa dengan Guru Besar sekolah dan memberitahu tujuan kami ke sekolah. Guru Besar sekolah begitu ramah mesra dengan kami bertiga. Beliau menceritakan serba sedikit tentang sekolahnya. Setelah berbual-bual dengan Guru Besar kami berjumpa dengan GPK Kurikulum.
Melangkahla kami bertiga ke bilik GPK 1. Kami juga memberitahu tujuan kami ke sekolah. Beliau memberitahu kami tentang aktiviti sekolah yang diadakan selama 3 hari peperiksaan UPSR ini. Kami diberi peluang untuk mengikuti lawatan sambil belajar bersama-sama dengan murid sekolah tersebut. Selepas itu, beliau memberi maklumat guru yang mengajar matapelajaran Sains dan Matematik kepada kami. Selepas berurusan dengan GPK 1, kami bertiga melawat kawasan sekitar sekolah.
Selepas itu saya dan rakan saya seorang, berjumpa dengan guru Sains tahun 1 dan 3 untuk mendapatkan jadual waktu dan bahan-bahan P&P. Setelah selesai, kami ke bilik pemulihan untuk berbincang mengenai aktiviti perkembangan staf yang akan diadakan untuk guru-guru di sekolah itu. Kami bercadang untuk menjalankan bengkel aplikasi blog kepada guru-gurunya. Setelah selesai kami bersedia untuk pulang.
Beginilah hari ini berjalan dengan begitu ceria. kami bertiga amat gembira dengan pentadbir sekolah dan menanti-nanti hari keesokannya. Jumpa lagi....
Monday, September 8, 2008
Jurnal Praktikum
Posted by Harini at 9:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment